4.1 Konsep Multimedia
4.1.1 Definisi Multimedia
Definisi Multimedia
- Perkataan multimedia adalah dua perkataan iaitu multi dan media.
- Multi membawa maksud banyak / pelbagai dimana ia menandakan terdapat lebih daripada satu media yang wujud di dalam sesuatu aplikasi.
- Media pula merujuk kepada alat atau pengantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.
- Definisi Multimedia secara amnya merujuk kepada gabungan pelbagai media seperti Teks, Grafik, Audio, Video dan Animasi bagi menghasilkan satu persembahan yang menarik, interaktif serta berkesan melalui penggunaan teknologi komputer.
4.1.2 Multimedia dalam pelbagai bidang
Penggunaan multimedia dalam pelbagai bidang adalah seperti berikut :-
BIDANG
Sumber Rujukan
Pendidikan
Hiburan
Perniagaan
Kesenian
Perubatan
Kejuruteraan
|
SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT
Multimedia digunakan sebagai sumber rujukan utama. Ensiklopedia, direktori, kamus dan buku online adalah di antara rujukan multimedia utama kebiasaanya.
Multimedia juga digunakan di dalam pembelajaran dan latihan. Pembelajaran telah menjadi lebih menarik dan berkesan dengan program-program seperti "edutainment" yang mana menggabungkan pembelajaran dan keseronokan.
Multimedia digunakan juga di dalam industri hiburan secara meluas. Indutri ini menghasilkan permainan komputerndan membangunkan animasi taupun kesan khas untuk animasi kartun dan filem.
Di dalam perniagaan, aplikasi multimedia digunakan di dalam pengiklanan produk. Kebanyakkan syarikat hari ini, menghasilkan dan mengedarkan katalog-katalog dalam bentuk CD-ROM yang mana ianya lebih menarik kepada pelanggan.
Di dalam bidang kesenian, artis menggunakan elemen multimedia dengan menggabungkan lakaran dan animasi.
Di dalam bidang perubatan, doktor-doktor boleh berlatih ataupun dilatih dalam menjalankan pembedahan yang berisiko tinggi dengan menggunakan pembedahan maya (virtual).
Di dalam kejuruteraan Computer Aided Design (CAD) digunakan. Dengan menggunakan aplikasi ini, jurutera boleh melihat sesuatu reka bentuk daripada pelbagai aspek dan menambah baik sesuatu reka bentuk tersebut sebelum pembuatannay.
|
4.1.3 Multimedia Interaktif
Interaktiviti Multimedia
Interaktiviti merujuk kepada interaksi diantara pengguna dan sesuatu aplikasi multimedia. Pengguna boleh menggunakan input daripada peralatan seperti papan kekunci, 'joystick' ataupun tetikus untuk berinteraksi dengan aplikasi melalui komputer.
LINEAR
i. Pengguna tidak mempunyai kawalan terhadap aplikasi.
ii. Aplikasi linear biasanya akan bermula dari awal hingga akhir atau ia akan
mengulang semula maklumat. iii. Aplikasi ini boleh digunakan untuk menyampaikan suatu maklumat kepada
sekumpulan orang ramai. |
TAK LINEAR
i. Pengguna boleh mengawal persembahan aplikasi.
ii. Pengguna bebas untuk pergi ke mana-mana bahagian maklumat yang
dikehendaki melalui butang navigasi. iii. Aplikasi ini disusun dalam bentuk menu dan pengguna boleh pergi
kebahagian tersebut secara terus. |
4.1.4 Medium Penghantaran
Jenis-jenis Multimedia
Secara umumnya, terdapat dua jenis medium penghantaran aplikasi multimedia yang sangat biasa digunakan dalam menyampaikan kandungan multimedia.
# Multimedia berasaskan web adalah sangat popular pada masa kini.
# Multimedia berasaskan web adalah gabungan teknologi multimedia dan teknologi internet.
Contoh :
# Multimedia berasaskan web adalah gabungan teknologi multimedia dan teknologi internet.
Contoh :