DEFINISI RPH
RPH (Rancangan Pengajaran Harian) merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. RPH ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.
Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
- Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
- Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar.
- Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
- Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
- Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
- Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
- Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
- Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.